14 December 2010

Ngangkung.....



Sudah 5 tahun lebih aku membekukan diri dr masuk pawagam berhampiran...hahahaha akhirnya cair jg gara2 aku kepingin sgt nk tgk cerita ni...NGANGKUNG....apa maknanya eik???
Puja nombor ekor sambil bercangkung lah kot eik...tak kisahlah apa maksudnya yg pasti filem ni best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr.....rasa nk pecah perut aku, tersangatlah lawaknya wei...
Yang pasti anak aku seronok masuk pawagam spi tak mo keluaq.....

Sinopsisnya.....

Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.

dibintangi Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar

Kesimpulannya.....cerita ni sarat dengan pengajaran...mesej yg disampaikan pun secara jelas dan bersahaja....aku bg 4.9 bintang.....lps ni aku nk p tgk KONGSI lak...sufiya x leh ikut....abah dgn mama ja tau.....









0 komen ler cikit.....:

nuffnang